Monday, December 31, 2012

Beza kerja kupas kulit tebu dengan lukis-lukis.

malam tahun baru ni aku nak sembang perihal nafsu manusia yang kadang kala melebihi nafsu kuda.

*

*

*

scene biasa fresh graduate macam aku adalah anta resume melalui e-mail dalam jumlah pukal.dek kerana aku ni blom penah masuk scene anto resume,jadi aku mulekan dgn belek mudah.com bahagian carik kerja.pernah juga aku tengok scene kutu-kutu yang anta resume secara gerila,sekali anto 30 resume tros kat serata kompeni.selaku bekas super senior,aku mengambil langkah slow steady,percaya pada kuasa tuhan yang memberi rezeki dan skill ayat resume yang di edit kemas dari google.

di pendekkan cerita,di suatu petang yang dingin dikepit sekali cuaca bersalji tipis,aku dipanggil untuk interview kat satu firma.even aku apply dua firma je,aku terpaksa bukak balik inbox email sebab kadang kala ni taktik syarikat insurans yang nak rekrut aku jadi ejen.beruntunglah aku diberikan makan ikan salmon semasa kecil,bila dah besa bijak kemain.

potong lagi cerita,aku standby ayat manis story kat cikgu jilah yang aku dapat interview.dengan sedikit wang saku,aku redah kolumpo dengan membe poli dulu,kecik altantuya.nak harapkan aku gerak sendiri,elok dituju kolumpo,sampainye kat highway karak.sejak lahir aku dimomokkan yang kolumpo ramai orang jahat,sampaikan satu tahap yang aku sangka orang kolumpo ni sume penganut syiah.

nasib membe aku ni jenis kemam peta jalan kolumpo dengan padu.takde pon ciri-ciri sesat hingga terpaksa modalkan beli gula-gula kat mamak semata-mata nak tanye jalan.jam kat henset aku tenung,masih awal lagi.aku dengan rasa membuak dipenuhi cuak memburu kedai mamak.interview kat kedai mamak?pastinya bukan,sudah tentulah untuk mencekik.takkan tu pon aku nak xplain satu-satu.

lpas mencekik yang disudahi dengan lafaz alhamdulillah,aku jadi nervous balik.makwe-makwe dressing town aku abaikan.toleh pon tidak.potfolio projek mase blaja poli aku belek kemas-kemas.tangan yang gigil aku kaver dengan usap-usap rambut.cuaca panas aku rasa ibarat duduk kat london.teh o ais aku sedut tak rasa manis.baju kemeja johnmaster aku kemaskan sambil langkah berani aku lemparkan.

masalah pertama bermula di pintu masuk.stended firma arkitek lah,pintu kaca walaupun sewa rumah kedai je.firma ni tempat keje rare,taulah nak jaga stended.projek pon rumah juta-juta,setakat rumah halus-halus ni,passing direct tros kat endon dah boleh jalan da.tapi janganlah berlagak sampai 3 button loceng kat luar.otak aku jadi heng,tarikat mana firma ni ikot sampai tunjuk sangat sifat tamak?

dengan hanya selafaz selawat,aku tekan salah satu loceng.kiraan aku tepat,pintu dibuka oleh seorang jejaka berambut panjang diikat kemas dengan getah bungkus papadom.namun,senyuman manis beliau tercalar dengan sebutir biji cili terselit di gigi.tapi aku tak hirau,asalkan kat sini mampu bagi aku gaji serupa manager.setiap langkah aku lancarkan dengan rapi,takot-takot kat sini ambik kuli ikot gaya berjalan.risau juge kalau gitu.

aku di iring bak putera raja ke bilik meeting.brader gigi cili tu sembang bos belum setel makan.aku balas dengan sengih tipis,beri isyarat yang aku tak kesah,boleh tunggu.brader gigi cili tu tros sambung keje membiarkan aku terkulai layu tanpa memberi kudapan jari macam ipad atau psp.kelihatan dihadapan aku tersusun kemas resume makwe-makwe ngn pakwe untuk interview.dia punye tebal buat aku punye mindset tros pikir konfem tak dapat keje.tapi aku cube gak.ikot rasa hati nak je lompat ikot tingkap tros balik sepang.

mata aku meliar,line clear.tangan mulus bak sutera aku hulurkan pada timbunan resume tu.nak gak tau guane rupe pesaing....benarlah kata para ilmuan sekarang.manusia ada tabiat ibarat beruk.konfius jugak bile ada makwe ni anta resume gune gambo fesbuk.yg lagi heran aku nampak dia ni blaja bisnes.dah sudah,aku salah tengok iklan keje ke?takkan mase depan aku berakhir sbagai model produk di dada akhbar?resume seterusnya juga makwe dari kos bisnes.jiwa makin kacau,kain seluar aku gentel hingga berlubang.

sorang brader berambut subur tepi masuk bilik meeting.aku jangka ni mesti bos.tangan mulus aku hulurkan dikepilkan dengan senyuman bibir kepit.bla bla bla bla bla bla,dia nak ambik aku keje.tanye bile boleh mule,aku jerit nex week.seterusnya masok bahagian kritikal,soal gaji.ya,gaji yang power aku idamkan.dalam resume comel aku ada tulis 1500,gaji stended yang sangat normal.getus hati aku,kalau turun sikit pon takpe,lagipun aku ini ibarat gadis sunti yang baru keluar rumah untuk pertama kali.

ada palang satu kat depan,tiga kosong kat blakang.tu dia tawar,lepas konfem dia boleh pegi 1200.aku mintak nego naik siket,dia sembang 1500 tu stended degree.....aku bukan graduan skolah jenis tamil kau nak tipu sebegitu rupa.aku petik soal over time.dia sembang takde,kalau stay lpas ofis hour kire kerja amal la ni.kira-kiranya aku akan makan timun hari-hari dengan berbackgoundkan scene kolumpo kalau aku kerja sini.

aku cekak leher dia,kepit pada ketiak.dengan dua langkah besar,aku hentak kepala dia pada dinding kaca lalu beransur pulang.isu dia tak rumit mana,tapi korang boleh bayang jika ada membe aku kerja bawak lori gaji 1200,kerja oldtown 1300 dan kerja kaunter klia 1500.dengan hanya berbekalkan spm.tu belum acah-acah OT lagi.takkan aku nak makan timun cecah gula hari-hari?takkan minyak moto nak dituang NGV?takkan orang pergi bercuti dgn duit gaji tapi aku dok dalam rumah tengok tivi?bala bala.

moga Allah turunkan hidayah pada mereka yang rakus sebegini.salam 2013.






















No comments:

Post a Comment