Monday, February 11, 2013

Masih Ada Sinar Lagi?

monolog yang terhasil ketika duduk ditembok tepian parit,mata tajam ke arah langit.

*
*
*

aku sudah ada kerjaya yang aku sedang usaha.harapnya ada buah yang manis pada hujungnya.seribu kisah aku leburkan untuk pada yang satu.

ada dosa ada pahala,ada cerita disebalik salah silah.ada pelangi selepas ribut?

aku cuba pecahkan dinding dendam dan benci,tapi tanpa kun fayakunNya,takkan berhasil hingga kiamat juga.

aku harap bila tiba masa,mungkin bila aku sudah tiada,mereka akan cerita yang baik saja tentang aku.

aku?aku yang ada palit dakwat hitam pada banyak insan di dunia.jauh mahupun dekat.aku ingin tebus kembali dakwat hitam dengan warna pelangi.

mampukah?aku redha.terkadang bukan mudah,tak mudah seperti seutas ucapan maaf yang keramat pada ceritanya.

aku kena redha,seharusnya wajib redha.ada kalanya doanya madu tapi hadirnya hempedu.hukum balasan Allah yang satu.

aku masih mencari sinar yang hilang.

No comments:

Post a Comment