Wednesday, December 12, 2012

Aku Makan Nasi Lauk Air Mata


sambil lagu dear god dendangan avenge sevenfold berkumandang,aku meneruskan penulisan yang telah lama tergendala.


lagu tentang seorang jejaka pinta pada tuhan untuk melindungi insan yang tersayang yang berda jauh darinya.walaupun yang nyanyi tu orang kafir laknat tatoo penuh macam orang kene sopak,tapi bolehlah kita ambik pengajaran dia.dalam kegelapan bilik aku yang sedia ada gelap mahupun siang atau malam.kadang-kadang aku sendiri tak nampak badan sendiri,nasib seorang berkulit hitam manggis.dah lah,masuk scene madah pujangga pulak.



==================================



terbitlah suatu rasa ingin ku ceritakan,perihal diriku yang kesepian.mujurlah ada penulisan sebagai peneman,moganya terubat jiwa terkilan.celik pagi subuh,doa tanpa putus atas suatu harapan.harapan untuk masa hadapan,hebahnya dunia ini singkat sahaja.tak punya masa untuk terbuang,tak jua aku bazirkan dengan hanya membelek janggut kerinting dihadapan cermin sambil memicit jerawat.untungnya kulit sederhana hindustan,kurang jerawat menapak di tepian wajah.

lumrah dewasa,fikirannya kearah hidup berdua.adanya ingin tambah yang ketiga,keempat tanpa rasa ragu.aku?seperti biasa,punya juga impian.namun resume kerja yang hebat bak mohon ganti tempat menteri dalam negeri belum dihantar ke syarikat yang mahu menukarkan keringat masin kepada wang saku belanja.indahnya hidup dikampung,duit rm20 boleh ku tanggung dari kepala hingga hujung punggung.

dalam masa ini,aku cuba berubah kepada yang lebih baik,cuba cari apa itu nur.....bukan nur kasih.cuba redah ombak yang datang...bukan ombak rindu.aku yakin aku masih punya peluang.peluang yang aku sandarkan dengan doa,serta tawakal.aku masih belum berhenti berusaha,dengan kuasa Nya.aku yakin dan pasti.

Pesanku pada lengan,kaki,otak,telinga,hidung,mata,dada,pusat,perut,sideburn,bulu roma,keting,peha,jantung,usus,buah pinggang belah kanan,testikel,...semualah senang cerita,jangan jadi munafik,jadi hipokrit dan terus berusaha hingga akhirnya.

cukup dulu.aku ingin teruskan kerja,kerja untuk membeli domo saiz manusia.untuk siapa?jangan tanya.salam.

1 comment: