Friday, October 19, 2012

Sedih Bukan Kepalang bahagian II


Letih perjalanan pulang?tidak akan tertanding persoalan rasa dan jiwa.Malah aku terpaksa untuk menulis demi sesuap bahagia.Bahagia?mustahil.Diceruk hujung ruang bilik aku terus menulis lagi.

Lewat malam yang sejuk seperti adat musim hujan,tempiasnya terasa hingga ketulang.Hampir aku dengan memori hingga dibawa tangis di tikar sejadah.Siapa lagi mahu mendengar rintihan insan hina seperti aku.Hanya Dia.pendam kata serabut jiwa,termaktublah bahawanya aku dirundum duka.

Pastinya aku pergi bila tiba masa,selembar kata sebagai luahan hati,untuk tatapan semua agar memperingati.Lewah usaha madah sia-sia,tiada disini untuk semua lagi.Mahu atau tidak,pasrah pada Maha Esa.

Bangkit tidur untuk hari yang baru,terkilan kelmarin jadi pemangkin.Namun,harapan masih jadi hantu,saka bagi hari yang baru.Oh Tuhan naikkan doa ku,pastikan dia dijalanMu.hanya doa aku sampaikan,dihujung solatku.

Hadir duka,serulah hamba.Hadir bahagia,hamba sirna.Moga bahagia hingga ajalmu tiba.Beransur pergi dahulu.Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment