Wednesday, October 17, 2012

Sedih bukan Kepalang bahagian 1


Malam yang separa sejuk,tak segigil semalam.Malam semalam ada hujan,hari ini tiada hujan.Panas hingga kepetang.Teratak kayu tempat berteduh dipenuhi seribu keluhan.Di kala malam terbit hati ingin berkongsi dengan nada sepi.

Masih dibelenggu hujung dunia,berdiri di atas kaki sendiri selama hampir 1 dekad.Mencari sekeping kertas mahu dibawa pulang untuk keluarga tersayang.Dayungan usaha hampir pada separuh usia.Rezeki kita,siapa yang tahu.Suratan takdir bersama pohon nyiur yang melambai.

Telah dicatat bahawanya aku disini dilahir,ditanda,di conteng dengan sifat membawa tawa.Namun,ada cerita disebalik tawa.Hakikat atau fitrah lahiriah ada tawa,pasti ada duka.Perit ditanggung, dari pangkal kepala hingga punggung.

Dendangan lagu patah hati,kenang jangan,disebut pun jangan.rakan mohon aku jangan seperti dahulu,hampir terjerumus di lembah kufur.makan masa untuk kembali ke pengkalan puncak,masih menjahit luka di jiwa yang koyak.

Kedai minum berhampiran aku singgah dengan langkah lesu.Mata meliar kanan mahupun kiri,mana tahu ada musuh lama ingin membunuh ku.jalan kosong.aku melintas dengan keyakinan penuh.celaka,meja penuh.aku harus melabuhkan hayat aku di kedai ini,tak mahu berlapar di tengah malam hingga pada tahap menyelongkar tong sampah hitam.

Jelingan tipis aku tempiaskan di bahagian kiri.Sekumpulan jejaka kurang tampan sudah selesai makan namun masih beromong kosong tentang hal moto pancit.Bingkas aku melayarkan tamparan jepun pada setiap mereka tanda paksa beredar.Sesudahnya aku dapat sebuah meja dengan berkat usaha.Tangisan kesakitan aku abaikan kerana aku masih belum menjamah sesuap megi goreng seperti biasa.

Siapa kata perut kenyang hati senang?bohong belaka.bagai india estet mahukan kolam renang.habis air tukar keladak.Perut meragam menendang-nendang,seperti ada bayi.Bayi yang berbentuk cakoi disiram kari.Langkah besar aku lemparkan,mengejar pintu jamban dengan tidak keruan.(Binasalah katak kurang ajar yang berenang dalam lubang jamban.)

No comments:

Post a Comment