Tuesday, May 29, 2012

Lokasi Tragedi


Pada kebiasaannya gua akan singgah berjumpa dahulu sebelum pulang ke rumah.dengan nafas putus-putus,gua berjalan ke tempat salah tempat kenangan,kedai famous amos.entah kenapa,bau yang harum menjadi fobia pada hidung.seperti terhidu bau bulu kaki terbakar.dengan tidak semena-mena mata menjadi mendung.Langkah berjalan lalu cepatkan takut-takut orang sekeliling menganggap gua mamat korea yang mudah menangis.
                Perjalanan terhenti  di luar kompleks membeli belah.Gua labuhkan punggung di tempat duduk di hadapan air pancut.Di sini jugalah tempat gua dan dia pernah berborak dan meluahkan isi hati.Pelbagai masalah diluahkan dan dirungkai bersama.Bagi penduduk bawah umur setempat mungkin menganggap tempat ini cuma kawasan menghisap rokok namun ianya lebih bagi gua kerana beratus kenangan terukir di sini dari berbalas pantun hingga berbalas kentut.
                Jujur sebelum ini gua tak pernah menonton wayang bersama gadis tersayang.Kerana bibit percintaanlah gua bahagia menonton wayang.Tidak dinafikan penangan menonton wayang  bersama insan tersayang mampu merubah plot cerita sampah kepada seronok.Segala selok belok cerita difahami untuk dijadikan modal bercerita setelah tayangan tamat.Sungguh indah waktu itu.Masakan ketika itu gua terfikir bahawa ianya akan tamat begitu sahaja seperti yang terjadi sekarang.
                Pelbagai benda baru gua belajar sepanjang bersama si dia.Dari corak pemakaian hingga ke cara makan.Salah satu trauma yang masih terngiang dalam kotak fikiran bagaimana cara dia makan burger.Kentang goreng di susun rapi di atas daging sambil sos di tuang dengan lemah gemalai.Pernah sekali gua terlihat orang makan seperti itu lantas memori itu bermain kembali.Ya,gua amat teliti dalam pemerhatian tingkah laku manusia.Almaklumlah,pernah bercita-cita ingin menjadi pemerhati peperiksaan kemasukan tadika kemas.
Kalaulah otak seperti komputer,boleh dibuang isinya sesuka hati..

No comments:

Post a Comment