Saturday, May 26, 2012

Permulaan


 

Empuk,sungguh empuk katil bujang di rumah gua ini.setelah sekian lama gua tidak menjejak kaki ke rumah gara-gara subjek seni reka yang susah tahap halilintar.Namun,bukan seni reka yang ingin gua tekankan,tetapi seni hati gua yang telah hancur dengan kejadian pahit.Beribu titisan air mata telah rebah ke bumi gara-gara kenyataan yang suka di terima.Bukan mudah ditempuh untuk kembali bersemangat.Begitulah ceritanya,ibarat sinetron TV3.

Matahari sudah memancarkan  cahaya anti tidur siang.Masih mustahil bagi gua untuk bangkit dan terus ke tandas yang terletak beberapa langkah kera dari katil  .Gua cuba bangkit tetapi tragedi semalam masih memijak otak  .Bingkas gua menoleh ke kanan untuk mengesat air mata penyesalan.Beginilah keadaan gua setelah kejadian itu berlaku.Tidak kena dengan paras rupa iras-iras hero Tamil,mudah mengalir. Lutut diketatkan,mata meliar ke kanan dan kiri.tiada orang di rumah.Masing-masing bekerja dan belajar.

Walaupun perut rancak mengalunkan irama tango,gua abaikan semua itu.Dalam keadaan begini,kalau diberi stik daging pun takkan gua jamah.Tiba-tiba gua terasa rindu itu makin mnyusuk kalbu.Nokia x2 gua capai dan serta-merta pesanan ringkas gua tulis dengan kemas dan syahdu. Setelah seketul mesej dihantar,gua jadi terburu-buru dan kurang sabar.setiap saat nokia x2 di tatap jikalau ada jawapan dari penerima.ternyata sampah.gua seperti mengharap maxis beri 30 ringgit kredit percuma.hendak di lontarkan telefon ini,wang saku hanya tinggal 3 ringgit.jauh sekali dengan harga iphone 2.

Entah mengapa jiwa ini sungguh lembut.Barangkali ini yang pertama kali.Gua cuba mengeraskan diri dengan menumbuk dinding beberapa kali namun masih gagal.Nafas masih sebak kerana epilog sebuah percintaan hangat telah berakhir dengan perpisahan.Mampukah gua bertahan dengan keadaan gua yang di ibaratkan Bob Marley kehabisan stok ganja...

No comments:

Post a Comment