Thursday, May 31, 2012

Conteng Pagi


Dikala hening pagi sejuk
Gua menulis dengan tangan yang mengigil
Gara-gara teringat kisah lalu yang sukar untuk gua lupa.
Kehilangan yang sangat di rasai.
Membuatkan gua rebah sentiasa,terkulai layu.

Bukan 24 jam gua teringat,
Tapi bila ia menyerang,sakit hingga hujung kaki dan pangkal hati.
Gara-gara gambar yang di tatap menjamah hati yang sayu ini.
Pedih rupanya kehilangan yang sudah di takdirkan.

Gua cuba menipu diri sendiri dengan menahan sebak,
Bodohlah diri ini cuba menipu diri sendiri.
Hanya doa yang mampu gua sampaikan untuk si pelangi.
Terputuslah segala ikatan yang dibina kerana salah sendiri barangkali.

Senyuman manis pengubat rindu,
Teguran padu pada salah dan silap hanya tinggal kenangan,
Pahit bagi gua untuk mengenang tapi kata hati tak mungkin dapat di kawal,
Penulisan carca marba ini hanya sebahagian luahan.

Baju jingga dan coklat tersemat di dalam almari sebagai perhiasan,
Ingin gua sarung akan tetapi takut membaham jiwa yang sedia ada kacau,
Terlalu banyak perkara masih belum dikongsi, di cerita penuh gelak ketawa,
Mungkin juga gua sudah berubah dari pada kelakar pada penuh emosi.
Cerita ini masih bermain ibarat kejadian semalam,
Masih terlintas dikala mata ingin dipejam,pahit terasa di kepala.
Doa pada Allah agar pelangi di jaga rapi setiap hari dengan limpah redha Nya.
Kerana gua tahu........


Pelangi bukan untuk Ribut.

No comments:

Post a Comment