Thursday, June 30, 2011

Nota Rempit SPM 2011.

selamat sejahtera semua.hari ini,saya,cikgu ramlan che' borhanuddin salam syahputra,akan memberikan sedikit nota perihal subjek elektif SPM bahasa melayu kertas 2.


rempit merupakan budaya tersohor dikalangan muda-mudi zaman kini.berbekalkan mesin dua tayar sudah habis bayar mahupun masih berhutang dengan kedai,ianya boleh dijalankan di jalan raya mahupun lebuh raya.topik kita hari ini melibatkan beberapa jenis gaya ataupun dalam erti kata lain,perilaku menarik yang boleh dilakukan ketika menunggang motor.



1.menunggang secara cermat

biasanya dilakukan ketika mengambil angin atau hendak ke surau atau masjid.gaya ini dapat mengurangkan pembakaran petrol dan meningkat tahap daya kesabaran anda untuk sampai ke destinasi dengan kelembapan.
sila abaikan wanita manis dalam gambar.



2.roket

gaya ini merupakan gaya pilihan untuk para penunggang yang inginkan kelajuan tetapi masih lagi mengekalkan keselamatan diri.pastikan minyak dalam keadaan banyak kerana posisi ini mampu menghabiskan tangki-tangki kapcai dengan laju serta padu.kebiasaannya posisi ini terjadi apabila penunggang ingin mengejar gadis yang diculik,ingin cepat sampai ke konsert mahir zain ataupun ke kedai buku untuk membeli buku rujukan tatabahasa SPM.tidak ketinggalan juga para calon SPM yang ingin belajar berkumpulan bersama rakan sekelas berlainan jantina.namun pada akhirnya belajar berkumpulan akan bertukar menjadi bergosip secara berkumpulan.



3.superman.

posisi ini amatlah sukar untuk dilakukan lagi-lagi bagi penunggang yang memakai sari mahupun kain sarung.
pakaian kemas dan ketat perlu dikenakan untuk mengamalkan teknik panduan maut ini.penukaran gear juga telah berubah dari menggunakan kaki kepada menggunakan tangan.kelebihan posisi ini adalah apabila punggung anda menjadi pusat pemotongan angin ataupun "spoiler".bak kata pepatah,"makin besar punggung,makin lajulah anda.".kebiasaaanya posisi ini terjadi apabila teman wanita ingin beg tangan gucci tetapi anda tidak mampu,lewat ke surau untuk ceramah,lewat ke dewan peperiksaan ataupun membeli kad prabayar selepas bergayut.



kesimpulannya,gaya atau posisi pemanduan merupakan pemboleh ubah yang dimanipulasikan dan bukan yang dimalarkan.sekian sampai disini sahaja topik kita pada hari ini.semoga berjumpa lagi di lain masa ataupun pergi jahanamlah jika ingin berjumpa lagi atau tidak.saya tidak langsung peduli mahupun berkecil hati.terima kasih.


 

No comments:

Post a Comment