Friday, June 17, 2011

Tikam-Tikam Yang Tidak Melibatkan Pembunuhan.

jangan tanye gua nape gua da lame tak update blog.
blog gua,suka ati gua la bile gua rase nak update.(muka ketat paling ketepi).
*
*
*
*
*
*
*
*
*
masa gua lepak kat port lepak biasa iaitu bawah pokok ceri,terkenang pulak nostalgia mase muda-mudi dulu.
nostalgia mase gua hingus meleleh lagi plus masih lagi terkucil atas tilam sebab mimpi kencing tepi parit.
mase tu darjah 4 dan gua ada hobi yang sekarang rare sangat.main tikam-tikam.

mustahil lu orang tak pernah main.kalau tak pernah,sah lu orang dari golongan terpelihara.macam biasa,tokan gua merupakan nyonya yang menaiki basikal.sekarang nyonya tu dah out da.macam-macam cerita gua dengar macam ne dia mati.tapi gua buat kesimpulan dia mati kat hawaii mase snorkeling kat sana.lagi senang.


hari tu hari sukan sekolah.acara tetap gua dari darjah 1 yang gua tak pernah miss macam biasa la,penonton sit depan.pejadah haram dengan tayar lori kat perut ngan pipi bak kene begok nak masuk 100meter.sah la pastu gua masuk ICU.nasib cikgu gua memahami dan dia tak pakse gua masuk olahraga walaupun gua ada potensi wakil sekolah.


haritu mak gua hulur gua rm2.cukup banyak dah tu.lepas la air ngan makanan ringan yang telah buat gua bebal sampai sekarang.sedap-sedap gua layan santapan gua,nampak sekumpulan budak-budak yang lagi havoc dari yang lain.cara jalan pon gua dah taw ni geng budak gengster yang sekarang ni sama taraf dengan geng bas sekolah.tapi gua tak hirau.


sorang mamat dari geng tadi mengeluarkan dompet.gua terpaku.bukan sebab jumlah duit yang mamat tu ada dalam dompet.tapi gua nampak mamat tu pakai dompet pokemon yang lama gua idam.namun gua tahan nafsu untuk mencarut.gua sabar.dengan lagak superhero power rangers kaler hijau,mamat tu seluk tangan dalam bekas tikam-tikam.


sekeping tikam-tikam bernilai 10 sen.tak mahal.paling legend kalau menang boleh dapat rm 1.dah untung 90 sen kat situ.kalau menang 1.kalau 10 kad tikam lu kene rm1?lu kire sendiri.mamat tu angkat 5 keping kad tikam.dia kupas kulit kad tikam tu dengan penuh debaran.gua pun jadi fokus....... sah mamat tu tak mandi pagi.haram 1 pon tak kena.


namun,beliau tak putus harapan.dia try lak beli 5 keping lagi.dah rm1 burn duit dia.gua harap ada la sikit luck untuk si bebal ni.dari rm1 beli tikam,baik bagi gua buat beli sugus.ye,memang mamat tu kencing berlari.tak kena lagi.mamat tu bla dengan prasaan hampa namun tetap digelakkan rakan-rakan seperjuangannya.


gua seluk poket gua.ada sangkut 20 sen belen duit mak gua bagi tadi.dengan nafsu serakah membuak-buak,gua pun nak cube nasib.mane taw ada rezeki,boleh gua belanja awek-awek kawad air sirap.konfem sangkut kat gua.20 sen bertukar tangan.gua baca bismillah bajet nanti dapat berkat.



 gua terdiam.satu kad gua kena rm1 ,satu lagi kena 50 sen.gua makin ceria.lagi ceria dari astro ceria untuk kite-kite aje.dengan nada bongkak gua redeem duit kat nyonya.sekarang gua ada rm1.50 hasil perjudian halus.dengan pantas gua mengayuh basikal menghala ke kedai sebab nak beli pistol.







betul kata ustaz.duit haram memang tak berkat.sampai kedai gua tak dapat apa-apa.poket gua bocor.gua pulang dengan tangisan air mata keinsafan mengalir di pipi.

No comments:

Post a Comment